Kita Bangsa Malaysia: Ketuanan Melayu Atau Ketuanan Dunia? Apakah Pencapaian Yang Bermakna.
Show Notes & Description
I taped this before my detention. This was to be my love letter to Malay youth. That we are capable in spite of what we kept being told, that we need political government to succeed, without which we will be failures. and yet at the same time they gave us the illusion that malays are entitled to superiority.
This is how our politicians and so called leaders keep us down and dependent on them. And if we think any different they have built a world that will jail and punish us to conform.
I will never bow to these powers. I never did and never will. Our people should gain their independence of mind and break free of this prison of mind that was constructed upon us.
Slogan politik Ketuanan ada lah untuk apa dan untuk siapa? Apakah kebenaran slogan ini untuk kehidupan dan kejayaan sebenar bangsa. Di dalam dunia 8.3 billion manusia yang semakin mencabar serta runcing, apa kah fokus untuk orang Melayu yang berjumlah sekadar 20 juta (0.2%) di Malaysia untuk menentukan masa kini dan hadapan realiti hidup. Revolusi minda perlu berpindah dari golongan politik dan yang sewaktu dengan nya yang memerlukan mengapi apikan slogan yang tiada makna melainkan memecah belahkan rakyat.
Auto-generated from YouTube captions. Timestamps link to the video.
Selamat datang tuan-tuan dan puan-puan. Ini adalah monolog saya yang pertama di dalam Bahasa Malaysia. Saya Shamsul ataupun Sam. Pada hari ini saya nak bercakap mengenai adakah kita mahu ketuanan atau kemajuan Melayu. Kita orang Melayu perlu memahami mengapa perkataan ketuanan ini amat penting kepada ahli-ahli politik. Ketuanan adalah untuk mereka bukan untuk sebarang rakyat Malaysia terutamanya bukan untuk rakyat berbangsa Melayu. Kuasa negara berada di dalam tangan rakyat bukan di tangan ahli politik atau mana-mana pihak pun yang kononnya berkuasa. Mereka menjual satu khayalan bahawasanya
kitalah tuan. Ketuanan ini tidak wujud dalam perlembagaan mahupun realiti. Sebenarnya mereka memerlukan segolongan rakyat iaitu kita orang Melayu mengangkat mereka kerana kita percaya ilusi ketuanan ini wujud dan perlu dipertahankan oleh mereka-mereka untuk pihak kita. Mengapa tanpa kita membeli minyak ular yang dijual oleh mereka ini, mereka tiada kuasa ke atas kehidupan kita. Sekiranya emosi kita tidak lagi bergantung kepada khayalan ini, ketuanan mereka ke atas kita tidak akan lagi bermakna. They are now useless to us. kita menjadi tuan kepada diri kita sendiri.
Tetapi mana ketuanan itu akan datang? Ketuanan adalah mempunyai keupayaan diri tanpa pertolongan daripada mereka yang menjajah kita, menjajah keupayaan dan minda kita. Depa sapu berbilion pi mahkamah pakai suit cantik-cantik lepas tu NFA no further action. Yang curi milo tiga tin nak bagi anak makan masuk lokap baju oren dua tahun penjara. Ketuanan kepala otak. Apa? Ketuanan setiap seorang di bumi ni bukan datang berpaut kepada tanah, kepada tanah, sejarah, keturunan darah ataupun bangsa. Jepun kan pada satu ketika menyorak ketuanan depa.
Dua biji bom atom kemudian jadi padang jarak padang terkukur. Bangsa depa bangun balik sebab rakyat dia bekerja keras mencari ilmu untuk hidup di dunia yang lebih baik. Rakyat dia tidak lagi menyorak seperti dahulu. Ya. Dan beribu-ribu rakyat Jepun dihantar ke luar negara belajar menterjemah setiap ilmiah dunia di dalam bahasa mereka. untuk yang kurang memahami bahasa Inggeris. Jadi mereka belajar dan berusaha. Kita ni sorak di kampung bangga kitalah tuan. Adakah itu yang kita mahu? Ketuanan adalah apabila kita sendiri berkeupayaan untuk menjelajah ke mana saja dalam
dunia ni untuk mencari rezeki untuk diri dan anak pinak kita. Ketuanan bukan terletak kepada keluarga ataupun kepada kaum. Ketuanan adalah dalam diri kita sendiri yang berupaya dan tidak memerlukan slogan yang dicipta oleh ahli orang politik. Salam saya kepada semua. Kita mempunyai negara Malaysia dan bangsa untuk kita selamatkan dalam pada seri minda dan kejayaan. Selamat sejahtera.