Kita Bangsa Malaysia : Rukun Negara, Pemikiran Liberal dan Istilah Sekular
Show Notes & Description
Susulan kehadiran saya beberapa minggu lepas jemputan High Tea Dewan Ulamak Pas untuk Keaman dan Harmoni – terpikir saya bahawa masyarakat kita perlu memperbetulkan pemahaman di dalam Rukun Negara untuk istilah liberal dan seterus nya istilah sekular. Jangan lah di campur adukan emosi untuk menjadikan istilah2 yang menjayakan tamadun manusia sebagai istilah jijik dan buruk semata mata untuk mengongkong minda orang orang melayu. "Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda tanda bagi kaum yang berfikir".
Jump to chapter 6 chapters
- 0:00 Meeting Ahmad Samsuri at PAS Dewan Ulama
- 0:49 Liberal Thinking and the Rukun Negara
- 1:48 Scientific Progress Through Open Dogma Questioning
- 3:37 Religious Pluralism and Respecting Difference
- 4:32 Defining Secular Knowledge and STEM Disciplines
- 6:24 Why Powers Demonise Liberalism to Control Minds
Auto-generated from YouTube captions. Timestamps link to the video.
Salam sejahtera tuan-tuan dan puan-puan. Saya Shamsul Sam, kita bangsa Malaysia. Beberapa minggu yang lepas saya menghadari jemputan khas Haiti Dewan Ulama PAS untuk keamanan dan harmoni. Pertama kali saya berjumpa dengan Datuk Seri Ahmad Shamsuri Mukhtar, Pengerusi Perikatan Nasional dan Menteri Besar Terengganu. amat terharu dimaklumkan bila dimaklumkan olehnya dia mengikuti channel Gu shot dan bertanya keadaan saya yang semasa saya ditahan. Baik, mengapa saya ke sana? Kerana prinsip saya dan guide short podcast adalah berprinsip liberal. Saya mungkin tidak
setuju bahawa parti politik berasaskan agama berada di dalam arena politik tetapi saya tidak takut untuk berkenalan, mendengar atau menilai pendapat mereka. Pemikiran yang terbuka untuk bertukar pendapat bertukar pendapat kita sendiri itu dan puan-puan adalah minda yang liberal. Pendahuluan Rukun Negara mempunyai suatu ikrar yang berbunyi menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak. Minda liberal merujuk kepada cara berfikir yang mengutamakan kebebasan peribadi, keterbukaan minda dan sikap toleransi. Pandangan ini menghargai hak individu,
kesaksamaan dan idea-idea baharu berbanding dengan tradisi lama yang ketat atau peraturan lama. Sains dan tamadun manusia tidak akan tanpa pemikiran yang liberal dan ilmiah sekular berjaya. Keterbukaan ini memberi peluang untuk minda kita menyiasat perkara-perkara, isu isu serta perkembangan ilmiah secara terbuka dan selalu bertanya. Tidak ada sesuatu pun yang dapat maju tanpa pemikiran terbuka liberal dan persoalan kepada dogma yang lama. Tanpa pemikiran liberal. Kalau Leo tidak dapat mengubah cara pemikiran manusia bahawa bumi bukanlah pusat alam semesta.
Pemikiran liberal pada abad keesembilan di Parsi membawa Al-Khawarzimi mencipta bidang matematik algebra. Tanpa pemikiran liberal, Isaac Newton tidak akan dapat berjaya mencipta bidang kalkulus dan ilmiah fizik dan bidang sekular yang amat penting di dalam kemajuan manusia. Ini bukan bermaksud kita menolak keagamaan. Itu adalah pilihan diri kita sendiri berdasarkan kepercayaan rohani diri. Ia cuma memisahkan pencarian fakta dan bukti di dalam hal-hal duniawi supaya kita boleh hidup bersama-sama dengan pendapat lain dan kefahaman yang berlainan dari diri kita.
kita menerima hakikat bahawa kita tidak semestinya yang betul kesemuanya dan begitulah juga pihak yang lain. Padahal di Mekah pelbagai mazhab dan ideologi Islam diterima seksama melakukan salah satu ibadat rukun kita yang suci tanpa sebarang larangan. Seperti yang dipromosikan di dalam majlis PAS tersebut, kita menerima orang yang mempunyai kepercayaan agama atau pilihan lain. Dr. Samsuri mengulang ayat ini untuk peringatan kepada dalam hujahnya. Dan kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersekutu ber bersuku puau supaya kamu berkenal-kenalan. Sekarang mari kita lihat apa yang
dimaksudkan dengan perkataan atau istilah sakila. Saya seorang jurutera kimia. Datuk Seri Shamsuri adalah seorang jurutera aeronautik. Bukan calang-calang intelek minda untuk menjadi jurutera aeronautik. Tambahan lagi di tahap PhD. Di zaman persekolahan saya, tahap jurusan kejurutaan kimia adalah dianggap kedua tertinggi hanya selepas aeronautik. Jadi apakah pelajaran saya dan Dr. Samsuri terpaksa melalui? Tidak lain tidak bukan adalah pengetahuan dan ilmiah sekular. Maksud pengetahuan sekular ialah fakta kemahiran dan maklumat tidak mempunyai kaitan dengan agama atau perkara yang bergantung
kepada rohani. Ianya bergantung kepada akal fikiran manusia, deria fizikal, sains dan pengalaman hidup seharian. Ciri-ciri utama adalah bukan hal keagamaan. terpisah dari kitab suci, wahyu Tuhan dan dogma suci. Ianya berasaskan bukti terhasil daripada kajian praktikal, pemerhatian logik dan ujian. Ia berbentuk praktikal dan duniawi. Berfokus kepada cara alam fizikal, masyarakat dan cara manusia berfungsi. Contoh ilmiah sekular adalah seperti sains semula jadi, fizik, kimia, biologi, astronomi, kemanusiaan dan sastera, matematik, sejarah, sastera dan juga muzik.
Sebenarnya matematik dan muzik adalah suatu bahasa. Ini adalah sekular. satu satu perkara untuk menggambarkan pemikiran saintifik dan satu memaparkan bunyi-bunyian kemahiran praktikal kejuruteraan dan you know coding komputer perubahan perubatan dan sebagainya. Jadi mengapa kedua-dua ayat ini menjadi satu label yang kotor, jijik, seolah-olah bercanggah dengan agama kita? Saya pun pelik bin hairan. Pada pendapat saya, kuasa-kuasa yang mengongkong kehidupan dan minda kita tidak mahu kita menjadi pandai dan menyoal dokma yang dibawa oleh mereka. Tanpa kawalan minda manusia daripada
pengetahuan sekular dan pemikiran yang liberal ini tidak boleh terjadi. Ialah pengaruh mereka biarlah pengaruh mereka berkuasa ke atas diri dan ilmiah kita. Mereka cuba takut kehilangan kuasa mengongkong minda kita. Itu saja. Itu sajalah yang mereka mahu. Terus menjadi penjajah minda dan pemegang kuasa di atas diri kita. Wallahuaklam. Sekiranya kita mahu menjadi bangsa yang berfikir. Wassalam. Salam sejahtera. Kita mempunyai negara untuk diselamatkan. Yeah.