Kita Bangsa Malaysia : MERDEKA MINDA MELAYU
Show Notes & Description
SELAMAT HARI MERDEKA. MERDEKA KAN MINDA ANDA
I call for Malays specifically towards a mental revolution. To rid itself of political leeches that prey on race and religious sentiments. The recent talk of Tanah Melayu for Malays, as China for Chinese and Indian for Indians are just divisive politicking that has no value towards our Malay society. Its time for a reality check. The data does not support the success of decades-long affirmative action and quota system. Time for a change.
We Have a Country to Save
Jump to chapter 6 chapters
Auto-generated from YouTube captions. Timestamps link to the video.
Salam sejahtera kawan-kawan. Kita adalah rakyat Malaysia pada tahun 2026. 80 tahun atau lebih dahulu. Mungkin lebihlah ya. Nenek moyang kita mungkin datang dari Aceh, Sumatera, Jawa, Uttar Pradesh, Kerala, Fujian atau Guangd atau lagilah di Serata seratau Ranjau ni. itu semua ni kan sudah tiada makna. Tidak ada sebab untuk orang Melayu merasa bangga atau mendewa-dewakan zaman kegemilangan a Melayu atau kegemilangan penjajahan Islam di kurun kelapan atau kurun ke-13 yang lepas. Tiada apa bangganya untuk diri kita. Itu bukan kejayaan kita sebenarnya. Ia tiada kena-mena pun dengan diri mahupun
masyarakat kita. Begitu juga tidak ada sebab musabab orang beretnik Cina perlu merasa bangga terhadap kemajuan negara China pada zaman dulu ataupun pada masa kini. Mereka pun bukan sekali bangsa kita, mereka tidak ada sedikit tingkah laku ataupun peradaban seperti masyarakat Cina di Malaysia. Begitu juga hujah saya kepada masyarakat India mengenai apa-apa sejarah mahupun perkembangan di negara India. Baik buruk kita di Malaysia ni pada masa ini sahajalah baik buruk masyarakat kita. Kitalah kaum Malaysia. Kita perlu sedar Tanah Melayu sudah tidak wujud. Seperti juga kita mesti sedar empayar
Hindu Sivijaya yang menjangkau kepulauan dan Semenanjung Rantau ini tidak wujud lagi. Yang wujud adalah sebuah negara bernama Indonesia yang ditubuhkan pada tahun 1945. Tanah Melayu sudah lupus, hilang di bawah arus sejarah. Tak payahlah orang politik nak menghembuskan nafasnya kembali. konon untuk mendapat sokongan orang Melayu. Oi porah yang sudah mati dibenam sejarah. Tanah Melayu tidak wujud lagi. Dihapus sejarah seperti Parsi dan Champa. Yang tinggal kini adalah Persekutuan Malaysia yang ditubuhkan pada September 16 1963. Yang wujud adalah Perlembagaan Persekutuan Malaysia. tidak wujud
kontrak sosial mana-mana, tidak wujud kefahaman sejarah. Apabila kita menandatangani sesuatu kontrak, maka segala apa yang dipersetujui hanya terkandung di dalam kontrak yang sudah ditandatangani. Habis itulah kita punya Perlembagaan Persekutuan. Segala perbincangan sebelumnya tidak lagi bermakna atau yang ataupun perlu diiktiraf. tak payah jual khayalan kontrak sosial dan sebagainya. Tuan-tuan dan puan-puan, jadi hentikanlah menyebut Tanah Melayu tu untuk orang Melayu dan India untuk orang India dan sebagainya. Percakapan sebegini samalah macam Mat Sewel di tepi
Stadium Darul Aman masa saya meranjau di keliling di Alur Star tu masa sekolah dulu. Tak habis-habis jual minyak dap dekat kaki stadium. Orang Kedah kata Putra Alam sampai mampus punya kaki pembohong. Okey senang cakap. Jadi saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia menghentikan perangai buruk ini. Kita ni rakyat dan bangsa Malaysia. Tidak ada yang perlu kita banggakan atau kita kutukkan terhadap tempat kononnya asal usul kaum kita. atau yang lain untuk menjatuhkan antara sesama kita sendiri. Depa pun tak mahu mengakulah kita ni serumpun dengan depa yang di Timur
Tengah pun ataupun India ataupun Cina. Apabila saya melihat orang Melayu, saya melihat satu golongan bangsa Malaysia yang mana kaumnya ditindas oleh kepala-kepala dan ahli-ahli politik kaum dia sendiri. Saya melihat satu kaum yang paling besar jumlahnya di dalam kalangan B40 negara. Saya melihat kaum yang diberi taraf bumiputera yang mana Perlembagaan Persekutuan berhak memberi kuota tertentu yang munasabah tanpa mendiskriminasi kaum lain di dalam pentadbiran dan kemasukan konstitusi tinggi dan sebagainya. Tapi 3 juta rakyatnya hampir 30% daripada pekerja dari
golongan ini berada di dalam gig ekonomi yang tiada ketentuan. 72 sehingga 73% bumiputera berada di dalam golongan B40 tah di dalam masyarakat Malaysia. Namun 82% daripada penghuni pelajaran di instituti di institusi pengajian tinggi kerajaan adalah di kalangan golongan bumiputera. Orang-orang Melayu merupakan 78 hingga 80% kakitangan pejawat awam. Sementara 70 hingga 75% orang Melayu berada di dalam pertubuhan GLC dan GLIC negara. Saya ulang. Namun kalangan B40 yang seramai 12.5 5 hingga 13 juta rakyat Malaysia ni 60 62% hingga 65%
adalah dari kalangan Melayu dan lebih 72% adalah dari kalangan bumiputera. Mengapa setelah 60 tahun kota-kota keistimewaan diberi keadaan hidup kaum Melayu dan bumiputera tersangat terletak di tangga bawah masyarakat bangsa Malaysia. Siapakah kaum Melayu dan bumiputera yang meraut keuntungan dari sistem kuota posisi istimewa yang dilaung-laungkan selama 60 tahun? Jawab. Tepuk danda tanya selera. Ianya bukan kamu. Ianya bukan kita. Kita telah ditipu besar-besaran golongan politik dan golongan atasan yang melaungkan ketuhanan Melayu kononnya memperkasakan kedaulatan kepada agama dan bangsa.
Tetapi kehidupan orang Melayu selama lima hingga enam dekad kini masih diam terbawah. Mengapa? Kenapa kesemua slogan ini cuma impian emosi yang kosong belaka? Perbelanjaan yang diberikan kepada orang, pembelajaran yang diberikan kepada orang Melayu tidak berupaya menjadikan mereka kaum yang paling berjaya di dunia. Walaupun lebih 80% pusat pengajian tinggi kerajaan diperuntukkan untuk kaum bumiputera dan Melayu. Tak hairanah kalau telah ditipu bulat-bulat selama lima hingga enam dekad ni ianya permainan silap matalah. Madu di tangan kanan, racun di tangan kiri. Kita masih tidak sedar yang mana
telah diberikan kepada kita. Kita perlu melihat setiap mereka ini yang kononnya memperjuangkan orang Melayu hanyalah lintah yang menghisap darah orang Melayu berpuluh-puluh tahun sudah cukuplah. Pemikiran orang Melayu memerlukan revolusi mental yang tidak mahu lagi mendengar kata-kata mereka ni semua yang mengapi-ngapikan emosi masyarakat. Telah tiba masanya kita berkeras hati membuang lintah darat yang patah bercakap bangsa dan agama dan menggantikan mereka dengan kepimpinan ke arah kemajuan dan keupayaan ekonomi diri kita sendiri. Pada segmen seterusnya saya akan
mengupas ke mana arah yang perlu kita ambil untuk masyarakat bumiputera dan masyarakat Melayu spesifiknya dan bangsa Malaysia keseluruhannya untuk berjaya. Sementara tu selamat sejahtera. Kita mempunyai negara yang perlu kita selamatkan. Terima kasih. Yeah.